ni? 'alahhh...cari je tempat rata janji bawah jangan ada tunggul'...' Buat je tepi sungai senang
nak ambil air'.....'kat bawah pokok lah redup sikit'..'Sini tempat cantik sejuk angin lalu boleh
pasang khemah'...dan bermacam lagi perbualan yang senarionya kerap berlaku ketika berkhemah.
Dalam ruangan T & A kali ini kita akan berkongsi ilmu mengenai tips ketika berkhemah....
ianya suatu perkara yang nampak mudah tapi impaknya amat besar pada anda...
Pemilihan Tapak Perkhemahan
b)
c) Berdekatan dengan punca air
d) Mendapat sinaran matahari
e) Mempunyai hubungan dengan jalan, trek atau denai
b) Bahagian belakang khemah menghadap arah angin
c) Di tempat berpasir atau tanah lembut gunakan kayu untuk menguatkan pacakkan bagi
mengukuhkan khemah, begitu juga pada khemah di kawasan yang terdedah kepada
gangguan angin
d) Pancang khemah hendaklah bersudut tepat/seimbang dengan tanah apabila dipacak
e) Jarak antara satu khemah ke khemah yang lain sebaiknya antara 5 - 8 meter
b) Kawasan lalang ( bahaya bintang jenis melata dan kebakaran merebak dengan cepat )
c) Semak samun atau kawasan belukar
d) Tanah Lembap berpaya, berlumpur atau berlopak
e) Diatas tebing tinggi dan curam
f) Dibawah pokok rimbun atau dahan mati
g) Kawasan berbatu dan berpasir ( susah memacak pancang )
h) Di lereng bukit dan kawasan cenuram
i) Jangan membawa masuk bahan berunsur kimia atau gas kedalam khemah contoh:
lantern/stove
Etika memasak dikawasan perkhemahan
b) Kecilkan api sekadar untuk memasak, untuk kebersihan dan keselamatan tapak
perkhemahan
c) Jangan bina dapur di bawah pokok ( celah banir pokok )
d) Dapur yang tidak digunakan, padamkan api dan baranya dikambus.
e) Batu yang digunakan sebagai tungku hendaklah dialihkan kembali ke tempat asal
f ) Jangan buang sampah seperti plastik, tin ke dalam sungai
g) Sisa - sisa makanan hendaklah ditanam.
Pengalaman
Ada satu kejadian yang penulis tidak dapat lupakan...iaitu semasa tragedi 20 khemah terbang ke laut. Sewaktu ini penulis dan rakan sedang menyelia kem latihan untuk 80 orang peserta. Apabila peserta tiba pada pukul 8 malam, angin laju/kepala angin datang dan membawa 20 khemah tadi kedalam laut,setelah diselidiki maka puncanya ialah tidak memasang pancang khemah dan membiarkan pintu khemah terbuka. Jadi diharap dengan tips ini dapat membantu anda dalam menjalankan aktiviti anda
'Selamat Berkhemah & Happy Camping'
0 Response to "Tips Ketika Berkhemah"
Posting Komentar