Mengenai Adventure Community And Recreation Series ( ACROSS ) – Komuniti Kembara dan Siri Rekreasi
Salam and hi to all of you!!!…hopefully sihat dan sentiasa ceria…Starting from 31 August bermulanya satu siri atau program yang di panggil ACROSS – atau secara ringkasnya Komuniti Kembara dan Siri Rekreasi.
Apa itu ACROSS?
Across atau maknanya menyeberang, lintasan dari satu lokasi ke lokasi lain adalah sebagai maksud kembara atau perjalanan ke sesuatu tempat.
ACROSS ialah siri - siri program yang dianjurkan oleh altitude bagi memupuk penglibatan masyarakat setempat kepada kegiatan di dunia rekreasi luar ini. Ia juga sebagai satu langkah bagi memupuk kesedaran masyarakat kepada pentingnya alam sekitar dan juga pentingnya gaya hidup sihat.
Apakah Program yang dijalankan?
Ianya melibatkan aktiviti – aktiviti berbentuk rekreasi, khidmat komuniti masyarakat dan juga aktiviti berbentuk kesedaran kepada alam sekitar. Altitude memperuntukkan sekurang – kurangnya 10 Program ACROSS setahun.
Apakah kelebihan mengikut program ini?
Selain dapat mengembara anda akan dapat membina keyakinan diri, ilmu baru tentang alam sekitar dan juga mengenali rakan – rakan baru. Selain itu anda akan dapat menikmati sebarang program pada kadar yang rendah serta istimewa memandangkan program ini adalah salah satu sumbangan altitude kepada masyarakat. Anda juga akan mendapat diskaun sebanyak 10 – 15 % pada barangan yang dijual di Altitude
Bagaimana dengan syarat keahlian/mengikuti program?
Tidak ada syarat khas dikenakan, Cuma harus berumur 12 tahun keatas, yuran proses mengikuti ACROSS hanya sebanyak RM 25 ( tahun pertama ) dan RM 15 pada tahun – tahun berikutnya ( bermula 1 jan 2009 ). Yuran tahun pertama adalah untuk kos operasi,T – Shirt, kad ahli juga cenderamata lain. Yuran tahun berikutnya hanya RM 15.00 untuk kos sebaran maklumat dan pengurusan. Murah bukan!..
Untuk Pertanyaan Lanjut Mengenai ACROSS Contact :
Along = 0172041213/03 89202212
Email : across.altitude@gmail.com
0 Response to "Tentang ACROSS Adventure Club"
Posting Komentar