Kuatkan Semangat Ku


Selamat Pagi Semua....
walaupun tak ramai yang membaca blog ini,tetapi tujukan khas utk semua blogger-blogger di dunia ini....

hari ini, seawal jam 5 pagi dah bangun...kejutkan hati utk bangun awal. yela takut plak lambat pegi keja..jalan kat KL ni memang sesak...bila aku tgk kat luar tingkap...lorrr..patut la sejuk je..hujan gerimis membasahi bumi rupanya....sambil melihat sekumpulan pekerja bangladesh berjalan kaki utk pergi keja...terdetik dalam hati, Apa yg akan berlaku hari ini....

setiap hari aku hampir-hampir melakukan rutin yang sama. selepas solat subuh, duduk kat atas sejadah sambil berfikir dan muhasabah diri...tak la lama sangat..ada la dalam 10 minit..time tu memang macam-macam yg aku fikirkan...perkara dunia yang tak pernah selesai..

lepas tu aku membuat panggilan,bertanya dimana lokasi hati,..rupanya hari tgh berada di tengah jalan yg sesak...emmm..sian kat hati..bangun pagi pun sesak jugak..aku pun meneruskan kehidupan seperti biasa...pergi kat ruang tamu dan melihat perkembangan haiwan peliharaan aku..sian kat ikan aku ini, deco akuarium dorg ini macam tu jgak tak berubah...tp tak ape,janji hidup senang...nah!!! amik makanan ni..makan kenyang-kenyang...

terasa plak tekak ni nak minum milo, sekarang dah tukar air.dulu biasa minum kopi'o, skrg dah tak boleh, nak wat mcmana kan,kena la ikut nasihat...tengah semangat nak masak air,tiba-tiba...heater aku plak rosak.sekali aku hidupkan suis..satu rumah blackout...emmm,aku cuba lg..sama jugak..adoi,baru pun nak minum milo, rosak plak ko yer..apa la nak jadi kat aku hari ini...

nak minum kat luar memang susah la...kat opis bnyk la minuman n makanan..puas makan klu kat opis...tp ini la klu dah hidup bujang, tak banyak sangat benda kita nak buat seharian...bila la masanya aku akan sampai...menghitung hari-hari yang mndatang dengan penuh sabar...

biarlah semua orang berkata..yg penting kita senang dan bahagia...dorg semua tidak mengetahui apa yang kita rasa dan alami...Hanya Dia sahaja yg mengetahui...Ya Allah, Kuatkanlah semangat aku hari ini...aminnnnnnnnnn...

ps;/Biarlah semua itu berlaku.......relax dan tenang......

0 Response to "Kuatkan Semangat Ku"

Posting Komentar