Assalamualaikum.
Minggu lepas nak kata demam tak jugak. tapi selsema teruk la pulak. sampai la sekarang selsema tak sembuh lagi. minggu lepas jugak, sakit kepala yang amat sangat. pegi la klinik cek dan amik mc sekali. mak kata mungkin aku pregnant. kalo betul syukur alhamdulillah. huhu.
doktor yang aku jumpa ni kira kawan kepada kakak aku. masa aku kawen aritu aku ada bagi kad jemputan kat dia. tapi dia tak dapat datang sebab time tu dia beraya kat KK. boleh pulak masa aku datang nak cek ni, dia bagi hadiah kat aku. dia dah beli hadiah awal dah. tapi tak dapat nak attend kawin aku. so, dapat hadiah pun dengan tak berbalut lagi. masih dengan plastik supermarket lagi. haha. neway, thanks Dr. Nuraini.
eh, dah menyimpang dah. ok sambung balik. Doktor pun dah dapat agak dah aku datang sebab apa. mesti sebab ada tanda-tanda pregnant ni. tapi dia kata masih terlalu awal kalo nak cek. kompom negativ. aku tak bgtau dia yang aku dah cek awal dah. memang negativ pon. huahua.
so doktor takut nak bagi ubat selsema. dia cuma bagi aku antibiotik dan paracetamol je. tu pun yg 500mg. dia takut kalo terganggu proses kehamilan aku sebab masih awal sangat.
Semalam dah sepakat dengan suami nak sambung puasa syawal 6. 5 hari dah lepas. tinggl sehari je lagi. subuh bangun cam biasa sahur. tup-tup pagi tadi masa nak mandi, cek ada darah kuar. memang kalo ikut putaran haid, harini memang hari 1st. argh! punya kecewa. masuk bilik bgtau suami. muka suami pun frust je. sory dear.T_T
pagi tadi suami hantar keja, dia kata takpe. jangan salahkan diri sendiri. mana taknya, dia nampak muka aku kelat semacam jek. huhuh.
Masuk-masuk kerja pagi ni, buka tenet, bukak blog, bukak pacik gugle. dapat artikel ni dari sini --> http://marealisme.blogspot.com/.
15 Tanda-tanda Awal Mengandung
1. Payudara membengkak / terasa sakit Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon.
2. Rasa lelah yang berlebih / keletihan
Rasa lelah yang berlebih akan membuat Anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.
3. Mual / loya / muntah
Ini merupakan tanda-tanda yang paling dikenal oleh para wanita hamil. Pemicunya adalah adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda dinyatakan hamil. Biasanya mual akan datang pada pagi, siang dan malam hari. Rasa mual ini biasanya akan menghilang memasuki kehamilan trimester kedua. Jika, rasa mual dan muntah masih terjadi pada usia kehamilan trimester kedua, sebaiknya periksakan dan konsultasi mengenai hal ini ke dokter Anda, karena akan mengganggu kehamilan.4. Lebih sensitif terhadap bauanJika anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau.5. Kembung perut
Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil.6. Kerap buang air kecil
Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing.
Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda.
7. Sakit kepala
Memang terdengar aneh, karena sakit kepala sering dialami juga oleh orang yang tidak hamil. Namun akibat dari banyaknya perubahan hormon di dalam tubuh, sehingga disertai juga dengan perubahan hormon yang ada di kepala. Jika Anda terbukti hamil dan mengalami sakit kepala, gunakan pg-safe acetaminophen dibandingkan dengan ibuprofen.
8. Sakit punggung
Sakit punggung yang dirasakan saat hamil dikarenakan beberapa ligamen di punggung Anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus berasa saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan.
9. Kram
Memang kram akan dialami oleh wanita hamil karana rahim yang akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi Anda.
10. Ngidam
Sudah tidak asing lagi mendengar kata ini saat ada seseorang yang sedang hamil. Mau ini, mau itu lalu tiba-tiba Anda ingin makan buah-buahan yang rasanya asam, padahal sebelumnya sangat benci terhadap buah yang rasanya asam. Jika Anda menjadi pemerhati masalah makanan, mungkin ini adalah tanda-tanda sedang hamil.
11. Peningkatan temperatur tubuh
Jika terjadi kehamilan atau ovulasi, maka suhu tubuh ibu akan meningkat. Kondisi ini akan bertahan selama terjadinya kehamilan. Kondisi ini tidak akan turun ke kondisi sebelum terjadinya ovulasi.
12. Bau Badan
Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat.
13. Pusing atau pingsan
Mungkin Anda sering menonton adegan wanita hamil yang pingsan. Namun faktanya ini dapat terjadi karena kadar jumlah gula di tubuh yang rendah. Oleh karena itu, pastikan anda cukup makan dan tentunya banyak minum supaya tidak kekurangan cairan tubuh.
14. Munculnya darah
Darah ini muncul sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Darah ini disebabkan oleh implantasi atau menempelnya embrio.
15. Keputusan positif oleh alat ujian kehamilanKebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, jika anda mengambil keputusan untuk mencubanya pada minggu pertama haid tidak datang dan mendapat keputusan yang negatif, anda mungkin ingin mencubanya semula selepas beberapa hari.
Selepas mendapat keputusan yang positif, buatlah temujanji dengan doktor peribadi anda. Tahniah!
dah habis baca artikel ni, terus rasa cam nak gi tandas je cek darah aku banyak ke tidak. haha. bila ingat-ingat balik, no.1,2 dan 7 tu memang dah rasa dah minggu lepas. tapi sebab takut nak mengharap sangat, aku andaikan saja yang aku penat sebab urus kawen haritu.
Kalo takde rezeki kali ni, takpe la. aku terima. kalo ada rezeki, aku lagi bersyukur.
0 Response to ".Tanda-tanda awal mengandung."
Posting Komentar