Bekerja dan deal dengan komuniti yang bukan dari komuniti kita sendiri memang agak sukar. seingat aku sepanjang 3 tahun aku keja kat Pi1M ni, macam-macam peel orang yang aku jumpa.
dengan budak-budak yang langsung tiada nilai-nilai murni sampaila budak yang sangat sopan bila bercakap dengan aku.
sungguh, kadang aku takut bila fikirkan masa depan mereka. berhenti sekolah bukan la perkara luar biasa pada mereka. umur baru mencecah 10 tahun dah tak sekolah. lepas tingkatan tiga berhenti sekolah. itu suma perkara biasa yang aku nampak kat sini. belambak budak bawah umur dan remaja-remaja yang berhenti sekolah. mencari keseronokan mungkin.
mula-mula dulu, orang mabuk masuk buat hal.
CCTV premise aku keja ni habis lunyai. bangkai hilang ntah kemana. tak sampai 3 hari ganti, pun habis dikerjakan.
Tangki air hilang kepala paip. ni aku dah taktau nak kira yang kali keberapa.
habis air 1 tangki. nak kencing susah. nak amik wuduk lagi la takda harapan. dah la air paip belum ada saluran masuk dalam kampung ni. harap air hujan je la penuhkan tangki. ni pun habis kena kerjakan oleh ntah budak nakal mana 1. mana taknya, ramai sangat budak nakal.
habis air aku 1 tangki ni. -_- |
di mana hilangnya nilai-nilai murni budak-budak ni semua?
dari pengaruh kawan ka?
atau berpunca dari rumah?
ntah la.
0 Response to "Di mana hilangnya nilai-nilai murni??"
Posting Komentar