Anak Syurga Mama.

Assalamualaikum.

Hari ini saya dapat MC hingga esok. Pendarahan sejak Ahad malam, hingga hari ini. Semalam pergi emergency, seperti biasa doktor kata tiada apa-apa. Sentiasa tiada apa-apa. Dari dulu tiada apa-apa. Sampai dah keguguran baru dia cakap tak boleh buat apa-apa. T_T

02-04 Julai 2015, saya keguguran untuk kali kedua. Ya, kedua. Actually first haritu, 23 September 2014, saya kandungan luar rahim. Tapi saya tak tahu saya mengandung. 

Ramai tanya, takkan kau tidak tau kau pregnant? 

Tidak. Saya tidak tau sebab kebetulan kebetulan memang kitaran haid saya pada masa tu. Darah keluar pun tidak juga sakit. Only brown spot.

Dua minggu haid, saya tidak risau. Sebab saya fikir darah keluar sedikit-sedikit, memanglah lambat habis haidnya. Hari ke 16, first day drive masuk sekolah melalui jalan Tingkayu selepas buka sekolah.(Everyone of you tahu kan yang saya mengajar di kawasan pedalaman. Dalam ladang kelapa sawit, dan saya kena drive sejam ke sekolah setiap hari. Sejam pergi, sejam pulang. Dengan keadaan jalan gravel iaitu berbatu2 yang sememangnya menyebabkan saya terhentak2 dalam kereta tu on the way nak ke sekolah tu). Mungkin sebab gravel, dan dengan hentakan, sampai saja sekolah, darah saya semakin banyak keluar. Tidaklah banyak sangat. Just semakin banyak. Lebih kurang 1 pad. Normal lah bagi darah haid kan. Tapi saya rasa sakit bahagian bawah perut. Sakit macam senggugut. 

Itulah masalahnya. Sebab saya tidak pernah senggugut. Sakit macam mau mati. saya rasa sakit bahgian bawah perut. Pegi tandas, tengok darah banyak keluar. Bila masuk kelas, sakit mencucuk-cucuk. Sekejap-sekejap. Sampaikan saya terduduk di dalam kelas, dan saya minta izin kat murid, tolong jangan buat bising, I nak masuk bilik guru rehat. Dalam bilik guru, dari duduk sampailah terbaring. Dari baring sampaila menggelupur tahan sakit. Bila ustazah sebelah meja datang, terkejut dan terus panggil guru besar. GB tanyalah, kenapa dan sejak bila period. Dia suruh saya ke hospital, and asked me to call my husband supaya tunggu saya siap2 di hospital. I refused. Sebab malas nak buat suami risau. Bukan sakit apa pun, senggugut je nak call suami bagai. GB cakap kalau saya tak call suami, dia tak izinkan saya keluar. Nanti kau balik rumah, bukan pergi hospital- katanya.

So akak ustazah tadi volunteered nak hantar saya ke hospital. Guess what? My Headmistress didn't allow her. Saying that the ustazah needed to attend the meeting that afternoon. Saya tak ambil pusing sangat masa tu. Saya cuma rasa sakit, dan saya yang masa tu ingat itu cuma senggugut biasa. Akak ustazah tu merayu nak hantar saya ke hospital. GB cakap saya boleh keluar tapi bukan ustazah tu. (Haha. How lah saya nak drive dalam keadaan menggelupur tu?) Or, kalau ustazah tu nak keluar juga hantar saya, boleh. Tapi kena masuk balik sekolah untuk attend meeting. (Sejam drive keluar, sejam nak drive masuk balik. Tak berbaloi pun). Saya cakap dengan ustazah dan GB tu, takpe. Pergilah meeting. Tapi saya tak dapat join. Saya betul2 tak tahan. Izinkan saya duduk sini rehat.

Bila ustazah tu berkeras, baru GB cakap nanti dia carikan orang lain untuk hantar saya ke hospital. Any teacher yang KEBETULAN ada tugas diluar (such as PPD, or any tugas luar sekolah - which is pekan). Saya dah diam tahap redha tahan sakit. Few minutes later, GB datang bagitau, okay ada ustaz yang kebetulan ada tugas di salah sebuah sekolah di pekan so saya boleh ikut ustaz tu keluar. 

Bila sampai di hospital, husband dah tunggu siap2. Dia bawa saya pergi emergency, dan macam biasala. Kena check from the basic. HB, UPT, dll. Then saya kena scan. Doctor scan mana tau saya pregnant. Tapi tidak. Sebab tak nampak baby. Then keputusan urine pregnancy test siap, and it was positive. Doctor hairan sebab scan baby tiada. Scan semula, masih tiada. Doctor cakap ada dua kemungkinan. Gugur. Atau pun mengandung luar rahim.

Bila doctor cakap positive, I was about to smile when he continued saying, 'Tapi you kena ready untuk terima any bad news about your baby.' It's okay. Saya tetap senyum. Sebab saya tau, the baby is still with me at that moment. Bila doctor dan nurse keluar, saya nangis. Tak boleh tahan, cuba untuk redha. I can see the doctor pun tried hard to convince me that they are going to save both of me and my baby. 

Doctor scan lagi sekali, masih tiada. Dia saspek saya gugur, so doctor check melalui pintu di bawah untuk melihat kalau ada tanda-tanda keguguran. Juga tiada. Bila di rahim tiada, di pintu keluar tiada, baby dimana? Kuat kemungkinan baby tidak berada di tempatnya. Baby saya diluar rahim. Doctor forward saya ke hospital besar tawau, rujuk saya ke pakar sakit puan. 

Di hospital tawau, scan rahim dan check melalui pintu lagi sekali dan masih tiada, doctor meminta untuk menjalankan sekali lagi urine pregnancy test. Air kencing, dan darah diambil untuk check sekiranya betul saya pregnant. Katanya, manatau result tadi tersilap. So maybe the pain was only senggugut. And still. Positive. Last but not least, saya dibawa ke bilik pakar sakit puan. Saya berdoa ya Allah, mudah-mudahan doctor pakar ini nampak apa yang doctor lain tidak nampak. I hoped him to see the baby, manatau betapuk di mana-mana. Saya sapu perut perlahan, calling the baby and asked her to show herself on the screen. Sekali lagi, the doctor couldn't see the baby. 

Saya diberitahu yang perut saya akan ditebuk. Bahasa yang paling mudah untuk saya faham sebab saya bukan pekerja hospital and don't have any knowledge about medic. Ditebuk dan dimasukkan kamera, untuk melihat di mana baby saya sebenarnya. Tebukan kecil, sebesar chopstick, sebanyak 3 tebukan. Setelah melihat baby dimana, baru doctor akan buat keputusan berdasarkan kedudukan baby.

Saya diberikan dua keadaan oleh doctor. Sekiranya melalui kaedah tebukan laparascopy tadi, mendapati baby betul diluar rahim, tanpa menganggu rahim atau pun tiub fallapio, then doctor akan keluarkan baby sahaja. Tapi, sekiranya baby tersangkut atau melekat di tiub fallapio, doctor akan menjalankan satu pembedahan lain di mana tiub fallapio saya akan dipotong dan dikeluarkan bersama baby. 

Saya dengar dengan tawadhuknya apa yang diterangkan oleh doctor. Sehinggalah doctor tanya, setuju atau tidak sekiranya tiub saya dipotong sekiranya keadaan tersebut benar-benar terjadi. I terdiam. I speechless. Terkesima. This is out of my expectation. I hugged my husband, and in front of the doctor, i cried. I can hear the doctor softly said to my husband and the other doctor there, to just wait and let me cry. 

Saya tak tahu kenapa saya nangis. Saya rasa lain. Saya taktau saya pregnant. And the moment i tau i pregnant, i was told my baby will be taken out from my womb. And now, the tube will be cut off. Saya nangis gila-gila. Kalau tak fikir doctor dua orang tengah tunggu jawapan saya, rasanya saya masih tidak berhenti nangis sampai sekarang. Bila saya dah stop nangis, doctor tu janji dengan saya, IF incase saya perlu dibedah, dia akan jahit cantik-cantik. Hehe pandai doctor ni sedapkan hati saya. Dan doctor cakap, sebelum bedah kita scan lagi. Last. 

Harapan tu tidak pernah hilang. Sentiasa mengharap my baby ada duduk elok-elok dalam rahim. Berdoa. Berzikir. Mintak dipermudahkan. Bila last scan doctor cakap baby masih tiada dalam rahim, masa tu saya dah redha. Tebuklah. Saya tahu perancangan Allah mendahului apa yang saya inginkan dalam hidup saya. 


 

23 September 2014, sebelum saya ditolak ke bilik pembedahan, saya diminta terangkan semula apa yang saya faham tentang apa yang akan dijalankan ke atas saya. Menitis air mata mahu terang kan balik, baby saya akan dikeluarkan dari perut saya.

Semasa saya ditolak keluar dari bilik bedah menuju ke wad, saya tersedar. Saya nangis macam budak-budak. Saya taktau apa yang sakit. Satu badan sakit. Saya tanya husband, how was it? Kena potong. Tu saja husband saya mampu cakap. Saya pun tak tanya banyak, saya nangis sampai tertidur. Bila sedar esoknya, doctor datang checked saya. Saying sorry sebab dia terpaksa juga potong tiub saya. My baby melekat kat situ dan tiub saya dah bengkak. Doctor tak boleh keluarkan baby kalau tak potong tiub tu. Tapi I dah jahit cantik-cantik- katanya. Hehe. Okayla kan, kalau itulah yang terbaik yang dia mampu buat untuk saya.

"You punya husband, i baru mau keluar dia sudah lari ke pintu. Bagus la suami u. I dah explain kat suami u. Jangan risau, u masih boleh mengandung. The chance for u to get pregnant is still 100%."

"Bila doctor? Lepas berapa tahun?"

"Eh tidakla. Tidak sampai bertahun. Dalam tiga empat bulan. Dalam 4 kali period begitu la, then u boleh sudah mengandung. I tak kacau rahim u. So u tak perlu tunggu lama pun."

"Kalau mengandung luar rahim lagi?"

"Kita potong lagi. Kemungkinan masih ada. Tapi u jangan fikir itu. Kemungkinan u mengandung normal macam orang lain juga ada. Sekarang u honeymoon dulu ya."

I smiled. To the doctor, and to my husband.

Esok, InsyaALLAH. Saya update lagi. About my second miscarriage. Ni tadi memang nak update pasal yang tu, tapi tetiba pulak terkenang kisah lepas. Takpela. Layankan je mood malam ni. Dah lama tahan. Nanti meroyan. K bye. Assalamualaikum.

0 Response to "Anak Syurga Mama. "

Posting Komentar