Anak Syurga Mama (2)

02 Julai.

Awal pagi pergi klinik cek kandungan. Everything was okay. Cek pun pakai tangan seja kan. Petang tu, keluar darah. Sebesar 50 sen. Tp masa tu darah tu dah kering.

Cakap dengan husband, kalau malam ni keluar darah lagi baru kita g emergency. Tapi tiada. Subuh bangun prepare untuk sahur, tengok2 ada darah lagi. Sedikit, sebesar 20 sen. Pun dah kering. Dalam hati dah niat esok pagi terus pegi hospital.


03 Julai.

Awal pagi, masa mandi nampak darah segar menitis. Setitis je. Siap2 terus pegi KKIA. Drive sendiri sebab dekat je. Dalam 1 km. Masuk je Klinik Kesihatan Ibu dan Anak tu, bagitau nurse yg check semalam. Doctor check, scan dll, dia marah juga sebab lambat datang check. Patutnya nampak darah tu kena terus check. Tak kisahla sikit kah banyak.

Dengar doctor speaking ngn nurse kata threaten miscarriage. Kita yang faham ni terus nangislah. Tapi dia cakap jangan nangis sebab belom komfem gugur lagi.

Nurse nak call husband suruh dtg ambil kereta sebab td i drive kan. I nak di bawa ke emergency hospital. Tapi i tak bagi. I want to  call him by myself. Tp nurse dan doctor banyak kali warning jangan cakap kat husband kata gugur sebab tak komfem lagi. Bila call husband, nda boleh tahan nangis and husband macam da boleh teka. Husband tanya, gugur kah? I just cried and cried.

Husband ikut sampai emergency. Disana doctor pelatih check and dia cakap he cant see the baby. He cant see the heartbeat. Kena tunggu doktor datang dari tawau, yg kebetulan da nak sampai untuk check.

Doctor datang. Dia check. And still, she cant see the baby and the heartbeat. Dia bagi 2 weeks untuk rehat and wait for the heartbeat if possible. I dah nangis mcam orang gila. I ingat lagi doctor cakap apa.

"You janganlah nangis. I ada cakap gugur kah? Tiada kan? I pun da bagi you 2 weeks untuk tunggu denyutan jantung baby. Kita tunggu dlu lepas dua minggu baru kita buat keputusan. If masih takde heartbeat baru kita cuci."

I masih nangis. Nangis. Nangis.

"You last year ectopic kan. This year miscarriage. That means you and your husband subur. If you betul2 miscarriage this time, you masih boleh mengandung."

Still i was crying and crying.

Balik rumah, husband amik halfday. Sepanjang balik dr hospital i nangis dan nangis. Tidur pun nangis. Then i terbangun sebab i rasa sakit perut. Macam senggugut. I pergi tandas and there, darah keluar seketul. I meraung macam orang gila tengok darah tu. I bagitau husband and he drove me to hospital besar tawau malam tu juga. As it would take almost 2 hours to reach hospital tawau, i pegi tandas siap2 and still the same thing happened, darah berketul keluar.

Sepanjang jalan i mengejang tahan sakit. Sampai je hospital, turun dari kereta and i can feel lebih besar ketulan darah tu keluar lagi. Dekat parking tu jugak i meraung raung.

Masuk emergency, doctor cakap baby i da takde. Scan kat perut, cek dekat jalan, still takde. Heartbeat pun takde. I ditahan masuk wad malam tu.

04 Julai.

Doctor pakar datang check. Bila discan, tiada perubahan. Yang ada cuma kantung je. Takde baby. Takde janin. Takde heartbeat. The doctor let me decide, either nak tunggu or nak terus cuci. I was confused. Tunggu apa? Are we waiting for the heartbeat again- i asked her. No. Doktor geleng. There will be no heartbeat. I was completely  miscarriage. Maksud doctor tunggu, tunggu sisa2 keguguran tu untuk keluar sendiri. So i told her there's nothing to wait if really the baby is no more. And the doctor as well advised me, 1) if tunggu- bila2 masa boleh sakit and i akan terpaksa datang balik hosptal. 2) if terus cuci- biasalah kecederaan dalaman if cuai. Tp she suggested me cuci.

I dijadualkan DNC jam 2. I dmasukkan ubat siap2 untuk buka rahim so that diorang leh cuci sisa2 keguguran dalam rahim tu. Jam 12, i rasa sakit sangat. Sakittttttttt sangat. I cuba tahan and tak meraung tapi tak mampu. My husband dekat sebelah cuba tenangkan. I minta ampun banyak2 dekat husband masa tu. Memang fikir mati je masa tu. Kalau betul sampai tu jela hayat i, i minta husband ampunkanlah dosa2 i dekat dia. Jam 2.30 macam tu i di tolak ke bilik pembedahan. I still meraung2 sakit. Syukurlah the doctor and nurses tak marah tengok i meraung. Diorang tenangkan i sampaila i tak sedarkan diri. Actually i di suntik bius separuh badan. I tak ingat dah scientific name for that, epidural if tak silap. Tp i lemah sangat sampai terlelap masa proses cuci tu.

Alhamdulillah, semua okay and i diminta berpuasa and baring kejung camtu selama 6 jam. Takleh bangun, takleh berbantal, takleh makan or minum banyak. Sikit2 dibenarkan. Husband jaga i sampai habis waktu melawat. Hospital kerajaan dan wad kelas ketiga, lelaki tak dibenarkan menjaga dalam wad perempuan.

05 Julai.

I was discharge. Tu pun lepas maghrib. Dapat mc 2 minggu. Syukurlah. Sempat jumpa kawan baru di hospital. Patients katil kiri kanan depan dan hujung2 sana. Semua ku ajak berkawan2 hehe. Nak ubat duka.


Berpantang macam biasa. Macam tahun lepas. Tanpa baby disisi.

26 Julai.
Keluar darah sedikit (sebesar 10 sen).- After 3 weeks.

27 Julai.
I masuk sekolah for the first time after miscarriage. Apa lagi, seperti biasa lah. Masuk jalan gravel. Darah membuak2 keluar. 3 overnight pads perday.

29 Julai.
Actually i taktau ini bleeding ke period. Huhuu. Tp i pegi kecemasan, and i dapat MC 2 hari, Khamis dan Jumaat. Isnin dan Selasa i CRK sendiri. (Potong cuti tahunan yg 7 ketul setahun tu).

5 Julai.
Habis CRK, i turun sekolah, and the selfish GB handed me a letter. Suruh turun kursus. Guess what course? Kursus penyusuan ibu. HAHAHAHAHAHAHAHA. Bangang. I tak pegi.

24 Ogos.
I dapat pindah sekolah. Tanpa mohon eg tukar. Tanpa buat rayuan. Entahnyer, haritu mohon eg tukar kata tak lulus. Anddd, ingatkan tunggu laporan perubatan siap baru nak buat rayuan. Tak sempat siap and tak sempat merayu, dah dapat pindah. Dia memang nak tunggu kita gugur dulu kan baru nak bagi pindah.

Apa pun, syukurlah. Semoga dipermudahkan Allah urusan mereka yang membantu memudahkan urusan perpindahanku, siapa pun mereka. InsyaAllah.

28 Ogos.
Last review with the doctor. Everything was okay. Cuma doctor suruh rehat 4-6 months before i plan to conceive again. InsyaAllah. Mudah2an dipermudahkan semuanya. Aamiin.

0 Response to "Anak Syurga Mama (2)"

Posting Komentar