Pada 24 – 27 Januari ACROSS menganjurkan Expedisi Pendakian ke Gunung Liang Timur & Barat – 6343 Kaki, Pendakian sempena cuti tahun baru cina ini berjaya mengumpulkan seramai 19 orang peserta, ekspedisi di ketuai oleh Expedition Leader Along, C.O Harry dan Abg Ad ( Fitness Consultant ) serta dibantu oleh Shahir ( Asst.Guide )..Ikuti catatan pengembaraan mereka di gunung yang menduduki ranking ke 17 & 18 Semenanjung Malaysia ini.
12.00 Tgh – Peserta menaiki van penumpang menuju ke Kg Sungai Dara, Tanjung Malim.
12.30 – 2.00 ptg - Singgah makan di restoran Nasi Kandar Tanjung Malim..rakan – rakan makan dengan tenang sambil melihatkan pemandangan Gunung Liang yg kelihatan jauh, sayup mata memandang dan dilitupi kabus tebal.
2.00 ptg – 3.00 ptg – Perjalanan yang agak jauh ke dalam melalui jalan getah menuju ke Empangan Sungai Dara, Tg. Malim. Sesekali tayar van tersangkut pada pasir dan bergeser dengan batu – batu halus. Perjalanan naik turun bukit dan melalui jalan kampung benar2 mencabar ketahanan Van kami, namun begitu semua kerisauan terhadap kenderaan kami berakhir apabila tiba di Pintu Empangan Sungai Dara..Tempat Permulaan ekspedisi.
4.00 Ptg – Kami mulakan trekking ke CP 1 Kem Lubuk Hantu, dimulakan dengan permukaan yang mencanak naik benar2 menguji keupayaan kami, perjalanan ke Lubuk Hantu melalui 5 anak sungai dengan sungai yang keempat melalui batuan seakan gua. Disini keadaan jalan agak jelas melainkan ada beberapa simpang pd peringkat permulaan. Sahutan ungka yang agak riuh seakan menyambut kehadiran kami…kami tertanya2 kenapa mesti nama Lubuk Hantu menjadi pilihan, yang pastinya ia masih lagi menjadi misteri...
6.00 – 7.00 Ptg – Semua peserta tiba di Lubuk Hantu dengan Din menjadi peserta terakhir tiba kerana injured di bahagian pergelangan kaki, mujur dibantu Paan, Joe & Hadi ditemani Syam. Setelah tiba kami bersiap mandi dan memasak untuk makan malam. Lauk malam itu Telur Kurma, Kacang Panjang, Ikan Masin serta Kopi O. Setelah makan peserta ada yang memancing dan menahan jaring untuk mengisi kerinduan kepada aktiviti memancing mereka.
10.00 Mlm – Exp.Leader membahagikan kami kepada beberapa kumpulan untuk sentry malam bermula jam 12 malam – 6.00 pagi, giliran dilakukan selang 1 Jam.
11.00 Mlm – Semua peserta tidurrr…kecuali Along, Ad, Harry dan Men yang sentri shift pertama.
6.30 Pg – Kami Bangun untuk solat dan meyiapkan sarapan, Along dibantu Aza, Akma dan Tikka, menyiapkan sarapan pagi, Burger roti dan hotdog, sambil itu menggoreng bihun untuk bekalan makan tengahari nanti.
7.00 Pg – Jaring di periksa, tapi ‘hampeh’ hanya seekor tengas dan 2 ekor katak sebesar tapak tangan dewasa yang mengenai jaring.
11.00 Pg – Semua telah dikemaskan, Lippi & Wari awal2 pagi lagi telah siap. Shahir dan Afeeq lead perjalanan ke laluan kedua dari Lubuk Hantu Ke 7 E, Laluan memacak pada awal laluan amat menyesakkan dan menyemputkan nafas, keadaan trek sebegini benar2 membahayakan dan menekan otot kaki dan akibatnya akan krem jika terlalu mendesak.
1.00 tgh – Melalui balak tumbang, keadaan disini agak semak dan melalui semak serta duri resam, pada ketika ini hujan mula turun renyai2..
2.00 ptg – Hujan telah berhenti..keadaan trek disini agak mendatar melalui kawasan batu – batuan dan melalui satu kawasan dinamakan batu jari.
3.00 ptg – Sebahagian ahli kumpulan telah tiba di Last Waterpoint – Campsite 7 E, kelihatan ada group yang telah bermalam disini, kami berehat sambil melepaskan lelah disini, sambil duduk bersandar disepohon pokok hairan juga memikirkan nama tempat ini 7 E, mungkin kerana campsite yang luas ( 10 Khemah ) dan sumber air yang ada menyebabkan pendaki menamakannya sebegini. Pada ketinggian lebih 1200 Meter memang cuaca agak sejuk di campsite ini.
7.00 Mlm – Kami tiba di liang Timur, telah kelihatan 2 buah khemah dibina dan satu khemah Flysheet juga telah siap dipasang. Dipuncak cuaca mulai sejuk sekitar 12 – 14 Deg Cel. Hujan telah mulai turun kami tidak menunggu lama dan terus memasang khemah untuk rakan2 lain.
8.00 Mlm – Hujan Masih belum menunjukkan tanda – tanda akan berhenti Din, Syam, Joe, Paan, Hadi, Akma, Aza, dan Tikka masih belum kelihatan. Pada jam 8.40 mereka tiba..malam itu hanya makanan ringan dan air menjadi pengisi perut kami…cuaca yang sejuk disertai hujan ribut membuatkan situasi menjadi sukar untuk memasak..dan itulah padahnya kerana cuba menjalani latihan di Liang Timur. C.O berjaya membuat panggilan ke luar dgn HAM radionya, dapatlah line Thailand dan sembang dengan org Penang. Selepas itu C.O terus mendiamkan diri dan menutup radionya secara tiba2, mungkin ada suara2 protes diluar sana…CO…CO..
9.00 – 12.00 - Angin masih kencang mematahkan satu dari pada khemah kami…hujan juga masih turun, pada kondisi ini pendaki biasa pun tak bisa tahan.masing2 menyelimutkan diri..dengan keadaan puncak yang berlumpur menyulitkan pergerakan dan membasahkan khemah kami. Boleh dikatakan kesemua kami tidur bergelumang lumpur pada malam itu.
1.00 pg – Ribut masih lagi berterusan, mencabut pancang flysheet utama,puas beberapa kali dibetulkan masih juga tercabut. Kami hanya membilang waktu untuk menunggu waktu pagi..
6.30 – 9.00 Pg – Awal2 lagi rakan yang tidur dibeirut telah bangun…melihatkan view pagi yang begitu menarik..tergambar keceriaan diwajah peserta…walaupun agak kesejukan mereka masih mampu menangkap gambar dan bergurau senda.
10.00 Pg – Kami bersiap2 dan terus ke liang west…dalam hanya 10 minit kami tiba ke puncak tersebut…keadaan lebih tenang dan dilitupi pokok tinggi. Selesai bergambar kami kembali ke Liang Timur berkemas dan tepat jam 11 Pg kami mula turun kembali untuk sarapan pagi di Kem 7 E.
1.00 Tghari – Sarapan/Lunch mee goreng – Teh O di 7 E, semasa berjalan turun kami bertembung dengan group dari Klang.
2.00 – 7.00 Ptg - Kami mulai beransur turun ke Campsite Lubuk Hantu Untuk Bermalam Kembali. Setelah 30 minit kami tiba, group dari UPM seramai hampir 40 orang tiba di Lubuk Hantu.
7.00 – 9.30 Mlm – Kami memasak bersama2 – Hidangan malam ini ayam goreng, kari daging, acar timun nenas, sayur kobis air. Ration malam ini dah jadi kenduri sebab menghabiskan ration semalam ketika di puncak. Tiba masa makan malam pada masa inilah Din mengeluarkan Sparkling yang dibawanya turun naik puncak…patutlah jalan lambat rupanya berat beg..rungut seorang kawan. Malam itu kami makan sepuas2nya..dan tiba masa yang paling dinantikan berbaring sambil relaks2…yang gosip2 pun ada. Malam itu x ada sentry sbb group UPM dan tolong sentry kan untuk kami…
11.00 mlm – Ada yang dah tidur, ada yang bersembang, ada yang memancing macam2 adaaaa.
6.30 Pg – Along bangun menyiapkan nasi goreng kepada kawan2…Sekitar jam 11.00 Pagi kami beredar meneruskan perjalanan ke van yang siap mengambil kami di luar pintu empangan.
2.00 Ptg – Selesai mandi manda kami bergambar kenang2an sebelum berangkat pulang.
5.00 Ptg – Penyampaian sijil dan majlis penutup.
Thanks To All Across Participant – Congrats krn berjaya mendaki Mt Liang & tamat latihan asas kesejukan di puncak…kenangan bersama kawan2 adalah saat indah yang sukar digambarkan…
Special Thanks To : Kapt Ad, CO Harry & Men
Rakan2 Across Altitude : Shahir, Afeeq, Din, Syam, Paan, Hadi, Joe, Mael, Lippi, Wari, Aza, Akma, Tikka, Fida dan Amy… See you next program!!
0 Response to "Ekspedisi Gunung Liang Timur & Barat"
Posting Komentar