Report by : Along Altitude
Pada 8 – 9 Mac 2009 yang lalu Across – Altitude telah mengadakan Climbing Expedition ke Banjaran Batu Kuarza terpanjang di dunia. Ikuti catatan pengembaraan mereka……..
11.30 Mlm – Kami tiba di pintu empangan Klang Gate. Hujan renyai2 ketika itu, dan akhirnya semua siap packing tepat pada 12.30 malam.
12.30 Mlm – memulakan perjalanan ke puncak bukit tabur yang pertama, alhamduliilah setelah berjalan hampir 30 minit kerdipan lampu di kuala lumpur mula kelihatan. Akhirnya seperti yang dijangka kami tiba tepat jam 1 pagi di puncak pertama Bukit Tabur.
1.30 pg - Setelah khemah dipasang kami naik seketika diatas utk menikmati pemandangan malam. Setelah turun berbual – bual dan bermain ‘Fun Game’ chap kli chap dan sebagainya sehinggalah ke jam 3 pagi. Kemudian tidur utk persiapan mendaki esok.
6.30 pg – Nyanyian muda – mudi di kawasan perkhemahan di empangan mengejutkan kami, lantas bangun dan memasak sarapan pagi, menu pagi ini mee goreng,telur dadar teh O. Sambil kami bersarapan beberapa pendaki cina telah mula melalui tempat berkhemah kami.
8.00 pg – memulakan pendakian, di masa ini boleh dikatakan bukit tabur dipenuhi pendaki berbangsa cina manakala kaum melayu boleh dibilang sahaja. Pendaki tidak putus – putus naik dan bilangan yang di kira sejak pagi hampir 100 orang semuanya, mungkin kerana itulah juga Bukit Tabur telah meragut nyawa dan kemalangan setiap tahun kerana jumlah pendaki yang terlalu ramai tanpa kawalan. Turut bersama kami adalah group dari HHH.
8.00 – 11.00 – kami melalui beberapa kawasan yang agak mencuram dan menjunam di kanan kami gaung dan turut kelihatan pemandangan Empangan Ulu Klang, Gunung Bunga Buah, keseluruhan Universiti Islam Malaysia dan Highway Karak, disebelah kiri pula adalah pemandanan seluruh Kuala Lumpur. Keadaan sempit membuatkan kami merasa berdebar saat menuruni dan menaiki dari satu bukit ke bukit. Dalam perjalanan diatas kasut shahir dijilat anjing yang entah siapa yang bawa keatas,x pasal kena samak, difahamkan anjing itu memang climbing sendiri dari bawah. Perjalanan memanjat dari bukit kebukit adakalanya mendebarkan dan menyeronokkan, di satu bukit yang lain kami tiba di puncak bukit yang dipenuhi dengan batu kuarza yang begitu cantik tapi cukuplah sekadar melihat tanpa mengambil atau merosakkan batu tersebut, melainkan serpihan batu yang telah jatuh ke tanah, khayal kami di sana sebentar sehinggakan Traffic Jem di belakang. Kami meneruskan perjalanan yang dirasakan tiada penghujung dari bukit – ke bukit yang lain. Diantara bukit ke bukit yang perlu kami daki terdapat jurang – jurang setinggi 2 – 5 meter, kekuatan fizikal dan ketahanan mental mmg amat diperlukan saat mendaki batuan seperti ini. Badan harus sentiasa '3 poin contact'
dengan permukaan batuan semasa mendaki. Di pertengahan kawasan kami diingatkan tentang beberapa kemalangan dan kematian yang pernah berlaku dikawasan ini dengan papan tanda yang diletakkan di trek. Hampir jam 11.00 pg kami tiba di penghujung bukit, bersama dengan group veteran dari Melawati. Setelah bergambar kami meneruskan perjalanan ke hujung bukit, untuk khatam bukit Tabur seperti kata orang – orang dari kumpulan veteran, “nak khatam bukit tabur kena sampai hujung”. Pada masa ini sekitar jam 11.30 hujan mulai turun, kami bergegas terus turun ke bawah. Trek agak licin dan menyusuri sepanjang kebun…
kira – kira jam 12.30 Tengahari kami tiba di Pintu Empangan Ulu Kelang dan bersiap2 untuk kembali ke rumah masing2, perasaan lega kerana semuanya selamat, Kesimpulannya perjalanan kali ini benar2 mencabar dan menyeronokkan disamping mengenal betapa keindahan alam itu amat dekat pada kita pada mereka yang benar – benar mencarinya.
Thanks To Across Bukit Tabur Ex O1/09 members : Shahir, Din, Samad, Akma, Tika, Imah, Aza, Azie, Samad, Ros, Kalian telah lulus ujian memanjat tebing asas.
0 Response to "Bukit Tabur Climbing 8 - 9 Mac 09"
Posting Komentar