Aku yang betuah.

Minggu lepas ada majlis makan malam anjuran SKMM kat Sutera Harbour Kota Kinabalu sempena Penganugerahan Pi1M & Pertandingan mencipta video kreatif online. setiap Pi1M hanya menghantar 1 saja wakil. dan aku wakil untuk Pi1M Kg Lormalong. 


Malam tu aku masuk dewan lambat. orang terakhir rasanya. sabar ja la. meja semua sudah penuh. nasib baik ada kosong kat tempat kawan-kawan dari keningau. kalo tak, tak pasal-pasal aku menyamar jadi usher-er. wakaka.

wajah ibu mengandung. ^_^. tema makan malam glamorous. malas nak pikir baju, aku hangkut baju kakak aku. jadi la.  

Pi1M Lormalong ada hantar 1 je penyertaan video kreatif ni. jom layan!


tahniah adik² ku. penyertaan sebanyak 60 lebih tak silap. tapi dapat jugak sandang saguhati. ok la tu kan. ^_^
nanti boleh belanja akak makan lepas ni.. :)

dan malam tu aku sangat bertuah sebab dapat cabutan tiket bertuah. dapat la sebijik laptop lenovo. rezeki anak kot ni. hehe. alhamdulillah Ya Allah, rezeki. :)
Rezeki baby. nak buat acc fb ke anakku???
ada jugak kawan-kawan yang dapat cabutan bertuah TV LED sharp. okeh, aku jeles!

Trip kali ni alhamdulillah aku sihat-sihat je. tak macam yang lepas, demam bagai. siap terlantar kat katil. kali ni siap bleh round-round shopping mall lagi soping soping. heee, kalo soping sihat aje aku kan. ^_^

0 Response to "Aku yang betuah."

Posting Komentar