Lidah tidak bertulang.

Assalamualaikum..

Betul la kata orang lidah tidak bertulang. bahaya lidah ada di mana-mana. kerana lidah badan binasa. kerana lidah dosa pun bertingkek-tingkek.

seboleh-bolehnya nak jaga lidah dari menuturkan kata-kata yang jelek. seboleh-bolehnya nak elak dari ejek atau cemuh mana-mana kekurangan yang dilihat. 

kadang-kadang terdetik di hati "eh, kenapa dia begitu. eh, kenapa dia begini??" cuma tidak terzahir di lidah. hanya di dalam hati. lepas tu cepat-cepat istigfar. Astagfirullahalazim... maafkan aku Ya Allah. aku sendiri tidak sempurna.



kalaula hidung betul-betul akan jadi cam pinokio tiap kali membohong, ntah camana la rupa manusia di bumi Allah ni. banyak sangat pembohongan berlaku. aku pun tidak terkecuali.

0 Response to "Lidah tidak bertulang."

Posting Komentar